Permulaan itu sesuatu yang indah..dari detik permulaan itulah yang membawa kita
kepada liku-liku yang seterusnya...Penulisan kali ini akan menceritakan dan memaparkan berbagai-bagai isi kandungan yang
berguna dan bakal memberikan manfaat kepada kita semua..insyaALLAH......
APAKAH YANG
TERLINTAS DIFIKIRAN KITA
DENGAN MAKSUD SEBENAR
DENGAN MAKSUD SEBENAR
SI " GELANDANGAN" INI..
mari kita lihat sama-sama..
mari kita lihat sama-sama..
Gelandangan ini adalah golongan yang
tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak mempunyai pekerjaan. Golongan ini
selalunya menjadikan kaki lima, bawah jambatan dan pokok pokok rendang sebagai
tempat untuk mereka berehat dan tidur. Majoriti masyarakat gelandangan ini
adalah terdiri daripada bangsa melayu , bangsa India dan Cina hanya minoriti.
Pengertian dan makna Gelandangan
jika dirujuk pada Dewan dan Pustaka (DBP) adalah bermaksud :
1- Orang-orang yang pekerjaannya
atau tempat tinggalnya tidap tetap
2- tidak tentu tempat kediamannya
atau pekerjaannya iaitu seorang intelektual, yang menggunakan bahasa Indonesia,
yang hidup secara tidak tetap - Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gelandangan @ Tunawisma yang membawa maksud golongan yang tidak mempunyai
tempat tinggal (rumah) yang tetap. Mereka yang Tunawisma biasanya disifatkan sebagai tiada tempat tinggal yang tetap,
selamat dan lengkap, tetapi juga memaksudkan mereka yang biasa bermalam di
tempat perteduhan , pondok sementara atau kediaman ad hoc yang seumpamanya.
Kajian pengiraan tunawisma kerajaan oleh
Amerika Syarikat turut mengambil kira mereka yang tidur di tempat awam mahupun
persendirian yang tidak direka khas sebagai penginapan bermalam yang tetap
untuk manusia. Kira-kira 100 juta orang di seluruh dunia ketiadaan tempat
tinggal pada tahun 2005.
MAKSUD
GELANDANGAN DARIPADA
PANDANGAN
YANG LEBIH LUAS.
Menurut Hall 2009, istilah
gelandangan atau Homeless pada asalnya di sebut sebagai Vagrants yang
kemudiannya digantikan kepada bahasa Eufemistis iaitu
Homeless.
Kamus Dewan Edisi Empat
mentakrifkan, gelandangan sebagai orang yang tiada pekerjaan atau tidak
mempunyai tempat tinggal yang tetap, manakala Mr. Dominic Mapstone, Social
Worker and Director of Rebecca Community pula mentakrifkan gelandangan sebagai
"an inadequate experience of connectedness of family and or
community".
Melalui takrifan di atas dapat
difahami bahawa gelandangan adalah individu atau sekumpulan orang yang bukan
sahaja tidak mempunyai pekerjaan atau tempat tinggal tetapi juga telah hilang fungsiannya dalam keluarga ataupun masyarakat. Golongan ini juga sangat berkait
rapat dengan fenomena orang papa seperti yang ditafsirkan di bawah seksyen 2,
Akta Orang-Orang Papa 1977 iaitu:
i - seseorang yang mengemis di
tempat awam hingga menimbulkan kegusaran atau menganggu orang ramai yang biasa
mengunjungi tempat tersebut
ii - seseorang yang berpeleseran yang dijumpai
di tempat awam, sama ada ia mengemis atau tidak, yang tiada mata pencarian pada
zahirnya atau tiada tempat tinggal atau tidak dapat menyatakan hal dirinya
dengan memuaskan.
Gelandangan atau homeless bukanlah
satu fenomena yang baru. Namun sejak akhir-akhir ini ia telah menjadi satu fenomena
sosial yang semakin menarik perhatian umum di negara ini kerana ia menimbulkan
kegusaran masyarakat sekeliling dan semakin banyak dibangkitkan di dalam media
cetak dan media elektronik, terutamanya masalah gelandangan yang berlaku di
sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.
Masalah gelandangan kebiasaannya
terjadi akibat sukar untuk mendapat pekerjaan dan tidak mampu menanggung kos sara
hidup dan sewa rumah yang tinggi terutamanya di bandar-bandar besar. Golongan
penagih dadah dan pesakit mental yang telah terbiasa dengan kehidupan
bergelandangan yang bebas dan tidak terikat dengan sesiapa juga menyumbang
kepada isu gelandangan ini.
Pada masa ini, golongan gelandangan telah
menjadi sebahagian daripada pemandangan biasa di sekitar kawasan ibu negara,
khususnya pada waktu malam. Keadaan ini ini secara tidak langsung boleh
menjejaskan reputasi dan imej negara. Isu gelandangan ini tidak boleh dianggap
sebagai isu terpencil tetapi ianya perlu dilihat sebagai masalah sosial yang wajar
ditangani dan harus mencari jalan penyelesaiannya dengan segera. Justeru itu, mekanisme yang
terbaik bagi menangani isu ini, sekaligus dapat membantu mereka di integrasikan
semula ke dalam masyarakat serta tidak terus tercicir daripada arus perdana pembangunan
negara perlu di rancang dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
CUBA KITA LIHAT KEADAAN DI NEGARA KITA
SENDIRI
Gelandangan (orang-orang merempat)
di Kuala Lumpur kini mencecah 2500 orang dan ada lebih 500 orang adalah
gelandangan tegar. Yang lebih menyedihkan ialah, hampir 80 peratus gelandangan
adalah terdiri dari kalangan orang melayu. Antara faktor mengapa gelandangan
ini semakin berleluasa ialah kerana kemiskinan.
APA BEZA
GELANDANGAN
DENGAN
PENGEMIS
DENGAN
PENGEMIS
Anon (1980) menyatakan "gelandangan"
ialah orang-orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan
yang layak dalam masyarakat setempat, serta tadak mempunyai tempat tinggal dan
pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum.
Sedangkan, "pengemis" adalah orang-orang yang mendapatkan
penghasilan dengan meminta-minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan
untuk mengharapkan belas kasihan dari orang lain.
APA
PUNCA PENYEBAB MASALAH
GELANDANGAN
INI
Mungkin anda semua tidak tahu sebab utama masalah gelandangan ini terjadi. Mungkin ini berpunca dari masalah
gelandangan disebabkan alasan ekonomi. Ramai penyelidik menjadikan Amerika
sebagai contoh iaitu negara maju tersebut mengalami resesi ekonomi pada awal
tahun
2000-an. Harga-harga barangan naik,
sementara pendapatan kaum miskin tidak berubah, atau malah berkurang. Ada orang
yang yang produktif dan tidak menderita cact mental, tetapi tidak mampu
memenuhi keperluan harian sendiri. Walauapapun penyebabnya, kehidupan harian
sangat berat bagi seorang gelandangan di Amerika. Untuk mencari tempat berteduh
dan kawasan terelak dari panas dan hujan serta kering setiap malam menyababkan
mereka tidur di kawasan bawah jambatan, tepian hentian bas, di bawah pokok
rendang di tengah kota dan sebagainya.
Amat jelaslah
bahawa faktor sekular yang menjadi penyebab gelandangan ialah kemiskinan. Hal
ini kerana, akibat dari kemiskinanlah segala-galanya tidak menjadi. Sewa rumah,
bayaran bil, makanan dan pakaian tidak mampu untuk diperolehi. Lantas dengan
faktor inilah juga menjadikan jumlah gelandangan semakin banyak di kota besar.
Oscar dan Suparlan pada 1984, menyatakan kemiskinan merupakan suatu
ketidaksanggupan seseorang untuk memuaskan keperluan-keperluan meterialnya.
Dan ada juga berbagai alasan yang
menjadikan seseorang memilih untuk menjalani hidupnya sebagai seorang
gelandangan. Mulai dari permasalahan psikologi, kerenggangan hubungan dengan
orang tua, atau keinginan untuk hidup bebas. Namun alasan yang paling kerap
digunakan dan paling umum adalah kegagalan para perantau dalam mencari
pekerjaan yang bergaji lumayan.
CUBA
KITA FIKIRKAN BERSAMA,
ADAKAH
USAHA YANG DINYATAKAN INI DAPAT MENANGANI ISU GELANDANGAN INI ??
Sebagai usaha menangani isu
gelandangan ini, beberapa jalan penyelesaian dilakukan. Antaranya ialah usaha
oleh pertubuhan badan bukan kerajaan, Rich Organization yang memperjuangkan isu
gelandangan (Homeless) di sekitar lembah klang. Begitu juga dengan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan
Jawatankuasa Khas bagi menangani isu golongan Gelandangan dalam usaha
membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini melalui pendekatan yang
terbaik. Bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, kaunter Jabatan Tenaga Kerja
dibuka setiap malam Selasa dan Khamis di Masjid India dan kawasan berhampiran
seperti hentian puduraya. Selain itu, Mesyuarat Majlis Sosial Negara memutuskan
untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Intervensi bertujuan membantu golongan
gelandangan. Pusat itu ditubuhkan bagi menangani isu membabitkan golongan
gelandangan. Pusat itu ditubuhkan bagi menangani isu membabitkan golongan itu
serta memberikan perlindungan sementara supaya selepas itu mereka boleh
berdikari dengan sendirinya.
Persoalan
seterusnya yang sering bermain
seterusnya yang sering bermain
di fikiran kita
semua,
Dimanakah pembelaan dan
hak-hak bagi segelintir
" GELANDANGAN " ini yang tidak bernasib baik sebagai manusia dimuka bumi ini yang sepatutnya dan perlu diambil kira bagi menyelesaikan masalah ini???...
hak-hak bagi segelintir
" GELANDANGAN " ini yang tidak bernasib baik sebagai manusia dimuka bumi ini yang sepatutnya dan perlu diambil kira bagi menyelesaikan masalah ini???...
Source : BERNAMA
Kita sepatutnya membantu golongan ini agar mereka tidak rasa tersisih dengan masyarakat.
BalasPadamKita harus bersama-sama membantu golongan ini....
BalasPadamSemoga ada penyelesaian terbaik dan berhemah dalam menangani isu ini
BalasPadam