Khamis, 3 Disember 2015

" GELANDANGAN"

Permulaan itu sesuatu yang indah..dari detik permulaan itulah yang membawa kita kepada liku-liku yang seterusnya...Penulisan kali ini akan menceritakan dan memaparkan berbagai-bagai isi kandungan yang berguna dan bakal memberikan manfaat kepada kita semua..insyaALLAH......


 APAKAH YANG TERLINTAS DIFIKIRAN KITA 
DENGAN MAKSUD SEBENAR 
SI " GELANDANGAN" INI.. 
mari kita lihat sama-sama..
 

Gelandangan ini adalah golongan yang tidak mempunyai tempat tinggal dan tidak mempunyai pekerjaan. Golongan ini selalunya menjadikan kaki lima, bawah jambatan dan pokok pokok rendang sebagai tempat untuk mereka berehat dan tidur. Majoriti masyarakat gelandangan ini adalah terdiri daripada bangsa melayu , bangsa India dan Cina hanya minoriti.

Pengertian dan makna Gelandangan jika dirujuk pada Dewan dan Pustaka (DBP) adalah bermaksud :

1- Orang-orang yang pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidap tetap
2- tidak tentu tempat kediamannya atau pekerjaannya iaitu seorang intelektual, yang menggunakan bahasa Indonesia, yang hidup secara tidak tetap - Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gelandangan @ Tunawisma yang membawa maksud golongan yang tidak mempunyai tempat tinggal (rumah) yang tetap. Mereka yang Tunawisma biasanya disifatkan sebagai tiada tempat tinggal yang tetap, selamat dan lengkap, tetapi juga memaksudkan mereka yang biasa bermalam di tempat perteduhan , pondok sementara atau kediaman ad hoc yang seumpamanya. Kajian pengiraan tunawisma kerajaan oleh Amerika Syarikat turut mengambil kira mereka yang tidur di tempat awam mahupun persendirian yang tidak direka khas sebagai penginapan bermalam yang tetap untuk manusia. Kira-kira 100 juta orang di seluruh dunia ketiadaan tempat tinggal pada tahun 2005.


MAKSUD GELANDANGAN DARIPADA 
PANDANGAN YANG LEBIH LUAS.

Menurut Hall 2009, istilah gelandangan atau Homeless pada asalnya di sebut sebagai Vagrants yang kemudiannya digantikan kepada bahasa Eufemistis iaitu Homeless.

Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan, gelandangan sebagai orang yang tiada pekerjaan atau tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap, manakala Mr. Dominic Mapstone, Social Worker and Director of Rebecca Community pula mentakrifkan gelandangan sebagai "an inadequate experience of connectedness of  family and or community".

Melalui takrifan di atas dapat difahami bahawa gelandangan adalah individu atau sekumpulan orang yang bukan sahaja tidak mempunyai pekerjaan atau tempat tinggal tetapi juga telah hilang fungsiannya dalam keluarga ataupun masyarakat. Golongan ini juga sangat berkait rapat dengan fenomena orang papa seperti yang ditafsirkan di bawah seksyen 2, Akta Orang-Orang Papa 1977 iaitu:

i - seseorang yang mengemis di tempat awam hingga menimbulkan kegusaran atau menganggu orang ramai yang biasa mengunjungi tempat tersebut

ii - seseorang yang berpeleseran yang dijumpai di tempat awam, sama ada ia mengemis atau tidak, yang tiada mata pencarian pada zahirnya atau tiada tempat tinggal atau tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan.

Gelandangan atau homeless bukanlah satu fenomena yang baru. Namun sejak akhir-akhir ini ia telah menjadi satu fenomena sosial yang semakin menarik perhatian umum di negara ini kerana ia menimbulkan kegusaran masyarakat sekeliling dan semakin banyak dibangkitkan di dalam media cetak dan media elektronik, terutamanya masalah gelandangan yang berlaku di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Masalah gelandangan kebiasaannya terjadi akibat sukar untuk mendapat pekerjaan dan tidak mampu menanggung kos sara hidup dan sewa rumah yang tinggi terutamanya di bandar-bandar besar. Golongan penagih dadah dan pesakit mental yang telah terbiasa dengan kehidupan bergelandangan yang bebas dan tidak terikat dengan sesiapa juga menyumbang kepada isu gelandangan ini.

Pada masa ini, golongan gelandangan telah menjadi sebahagian daripada pemandangan biasa di sekitar kawasan ibu negara, khususnya pada waktu malam. Keadaan ini ini secara tidak langsung boleh menjejaskan reputasi dan imej negara. Isu gelandangan ini tidak boleh dianggap sebagai isu terpencil tetapi ianya perlu dilihat sebagai masalah sosial yang wajar ditangani dan harus mencari jalan penyelesaiannya dengan segera. Justeru itu, mekanisme yang terbaik bagi menangani isu ini, sekaligus dapat membantu mereka di integrasikan semula ke dalam masyarakat serta tidak terus tercicir daripada arus perdana pembangunan negara perlu di rancang dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.


CUBA KITA LIHAT KEADAAN DI NEGARA KITA SENDIRI 



Gelandangan (orang-orang merempat) di Kuala Lumpur kini mencecah 2500 orang dan ada lebih 500 orang adalah gelandangan tegar. Yang lebih menyedihkan ialah, hampir 80 peratus gelandangan adalah terdiri dari kalangan orang melayu. Antara faktor mengapa gelandangan ini semakin berleluasa ialah kerana kemiskinan.


APA BEZA 
GELANDANGAN 
DENGAN 
PENGEMIS

Anon (1980) menyatakan "gelandangan" ialah orang-orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat, serta tadak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum. Sedangkan, "pengemis" adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan dengan meminta-minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan dari orang lain.

APA PUNCA PENYEBAB MASALAH
GELANDANGAN INI

Mungkin anda semua tidak tahu sebab utama masalah gelandangan ini terjadi. Mungkin ini berpunca dari masalah gelandangan disebabkan alasan ekonomi. Ramai penyelidik menjadikan Amerika sebagai contoh iaitu negara maju tersebut mengalami resesi ekonomi pada awal tahun
2000-an. Harga-harga barangan naik, sementara pendapatan kaum miskin tidak berubah, atau malah berkurang. Ada orang yang yang produktif dan tidak menderita cact mental, tetapi tidak mampu memenuhi keperluan harian sendiri. Walauapapun penyebabnya, kehidupan harian sangat berat bagi seorang gelandangan di Amerika. Untuk mencari tempat berteduh dan kawasan terelak dari panas dan hujan serta kering setiap malam menyababkan mereka tidur di kawasan bawah jambatan, tepian hentian bas, di bawah pokok rendang di tengah kota dan sebagainya.

Amat jelaslah bahawa faktor sekular yang menjadi penyebab gelandangan ialah kemiskinan. Hal ini kerana, akibat dari kemiskinanlah segala-galanya tidak menjadi. Sewa rumah, bayaran bil, makanan dan pakaian tidak mampu untuk diperolehi. Lantas dengan faktor inilah juga menjadikan jumlah gelandangan semakin banyak di kota besar. Oscar dan Suparlan pada 1984, menyatakan kemiskinan merupakan suatu ketidaksanggupan seseorang untuk memuaskan keperluan-keperluan meterialnya.

Dan ada juga berbagai alasan yang menjadikan seseorang memilih untuk menjalani hidupnya sebagai seorang gelandangan. Mulai dari permasalahan psikologi, kerenggangan hubungan dengan orang tua, atau keinginan untuk hidup bebas. Namun alasan yang paling kerap digunakan dan paling umum adalah kegagalan para perantau dalam mencari pekerjaan yang bergaji lumayan.


CUBA KITA FIKIRKAN BERSAMA,  
ADAKAH USAHA YANG DINYATAKAN INI DAPAT MENANGANI ISU GELANDANGAN INI ??

Sebagai usaha menangani isu gelandangan ini, beberapa jalan penyelesaian dilakukan. Antaranya ialah usaha oleh pertubuhan badan bukan kerajaan, Rich Organization yang memperjuangkan isu gelandangan (Homeless) di sekitar lembah klang. Begitu juga dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani isu golongan Gelandangan dalam usaha membanteras masalah individu berpeleseran di negara ini melalui pendekatan yang terbaik. Bagi mereka yang ingin mencari pekerjaan, kaunter Jabatan Tenaga Kerja dibuka setiap malam Selasa dan Khamis di Masjid India dan kawasan berhampiran seperti hentian puduraya. Selain itu, Mesyuarat Majlis Sosial Negara memutuskan untuk menubuhkan sebuah Pusat Sehenti Intervensi bertujuan membantu golongan gelandangan. Pusat itu ditubuhkan bagi menangani  isu membabitkan golongan gelandangan. Pusat itu ditubuhkan bagi menangani isu membabitkan golongan itu serta memberikan perlindungan sementara supaya selepas itu mereka boleh berdikari dengan sendirinya.




Persoalan  
seterusnya yang sering bermain 
di fikiran kita semua, 
Dimanakah pembelaan dan 
hak-hak bagi segelintir 
" GELANDANGAN " ini yang tidak bernasib baik sebagai manusia dimuka bumi ini yang sepatutnya dan perlu diambil kira bagi menyelesaikan masalah ini???...
 
 
Source :  BERNAMA

3 ulasan:

  1. Kita sepatutnya membantu golongan ini agar mereka tidak rasa tersisih dengan masyarakat.

    BalasPadam
  2. Kita harus bersama-sama membantu golongan ini....

    BalasPadam
  3. Semoga ada penyelesaian terbaik dan berhemah dalam menangani isu ini

    BalasPadam