Selasa, 1 Disember 2015

Mengapa Kita Harus Minum Kopi Setiap Hari???

Kopi merupakan minuman yang boleh didapati di mana-mana sahaja ini sejak berabad yang lalu. Ianya sungguh popular di kawasan desa sehingga kebanyakkan lelaki dewasa banyak menghabiskan masa di kedai kopi siang dan malam. Di bandar juga tidak kurang hebatnya dengan cawangan kedai kopi Starbuck boleh didapati di mana-mana sahaja. Minuman kopi ini pertama kali digunakan oleh ahli-ahli sufi Yaman bagi membantu mereka qiyamullail dan kemudiannya tersebar ke serata tanah Arab. Orang Eropah juga mula mengenali kopi ketika pertembungan dan pertukaran tamadun di kalangan bangsa Arab dan Eropah semasa zaman gelap Eropah. Fakta sains menunjukkan banyak kelebihan dan juga kebaikan yang akan diperolehi oleh penggemar kopi. Ianya juga boleh menjadi suatu bahan yang sangat baik kepada otak, kulit dan tubuh badan kita. Baca selengkapnya artikel ini untuk mengetahui 9 sebab mengapa anda harus sedar dan mula sukakan kopi…



  1. Kita akan mendapat lebih antioksida daripada kopi berbanding bahan lain

Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2005, tiada suatu pun bahan lain yang mampu menandingi kopi dalam membekalkan antioksida. Walaupun sayur-sayuran dan juga buah-buahan mempunyai banyak antioksida, tubuh manusia lebih cenderung untuk menyerap lebih banyak antioksida daripada kopi. Antioksida yang dimiliki oleh kopi berfungsi sebagai ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Jadi, kita sudah sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.

  1. Hanya dengan menghidu kopi sahaja mampu mengurangkan stress

Kajian yang dijalankan di Seoul National University mendapati otak yang sedang mengalami tekanan atau stress akibat tidak cukup tidur, dan apabila seseorang itu terdedah kepada aroma kopi akan mengalami perubahan pada protein yang mempunyai kaitan dengan stress di dalam otak. Kajian mengenai aroma kopi ini tidak berkaitan secara langsung dengan masalah stress, tetapi hanya stress yang disebabkan oleh rasa mengantuk kerana tidak cukup tidur sahaja.

  1. Kopi mampu mengurangkan simptom penyakit Parkinson

Menurut laporan ScienceDaily 2012, dengan meminum kopi boleh membantu seseorang yang mengalami Parkinson mengawal pergerakan mereka. Dr. Ronald Postuma, merupakan seorang pengkaji yang membuat laporan ini, mengatakan bahawa “kajian sebelum ini memang menunjukkan bahawa mereka yang mengambil kafein mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat Parkinson. Tetapi kajian terbaru ini menunjukkan bahawa pengambilan kafein boleh membantu merawat simptom pergerakan untuk mereka yang telah pun mengalami penyakit tersebut.”

  1. Kopi bagus untuk hati dan mencegah serta mengawal DIABETES (Kencing Manis)

Kopi bagus untuk mengurangkan risiko kanser hati dan kegagalan hati dari berfungsi seperti Cirrhosis. Kopi boleh membantu hati membersihkan racun yang berbahaya seperti pengambilan alkohol. Satu kajian (artikel yang dikeluarkan oleh psipum.org) menyatakan bahawa terdapat bukti yang mengatakan bahawa minum kopi secara berterusan mampu mengurangkan risiko diabetes ataupun dengan nama lain, kencing manis. Kajian tersebut menyatakan bahawa kaffein yang ada pada kopi tersebut memainkan peranan dalam mengurangkan risiko diabetes. Kajian ini dilakukan terhadap tikus dan ia diterbitkan melalui jurnal ACS’ Journal of Agricultural and Food Chemistry.  Saintis yang menjalankan kajian tersebut memberi minum kopi dan air kepada beberapa kumpulan tikus yang biasa digunakan untuk kajian diabetes. Konsep yang diketengahkan adalah kafein dapat membantu mencegah paras glukosa yang tinggi dalam badan dan ia juga membantu meningkat sensitiviti insulin. Seperti yang anda sudah sedia maklum kencing manis (diabetes mellitus) merupakan antara penyakit yang banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Disebabkan dengan budaya pemakanan kita yang sememangnya tidak sihat maka penyakit ini boleh dikatakan sebati dengan rakyat Malaysia. Setiap minuman dan makanan yang mengandungi gula mampu menyumbang kepada penyakit kencing manis.

  1. Kopi boleh membuatkan kita berasa gembira

Kajian yang dijalankan oleh National Institute of Health America, mendapati bahawa mereka yang minum empat cawan atau lebih, tidak mengalami kemurungan berbanding mereka yang langsung tidak pernah menyentuh kopi. Untuk perhatian, ini bukanlah disebabkan oleh kesan kafein yang tinggi, kerana air Cola juga memberi kafein yang tinggi, tetapi ianya adalah disebabkan oleh antioksida baik yang terdapat dalam kopi tersebut.

  1. Kopi mengurangkan risiko mendapat kanser kulit (Jika anda seorang perempuan)

Hospital Wanita Brigham dan Harvard Medical School yang mendapati 112, 897 lelaki dan wanita yang berusia lebih dari 20 tahun, dan terutamanya wanita yang minum tiga cawan atau lebih kopi dalam sehari, mendapat kurang risiko untuk kanser kulit atau sebarang penyakit kulit yang lain. Kalau anda ingin kulit yang cantik, rajin-rajinlah meminum kopi.

  1. Kopi aktif mencegah penyakit Gout

The Nurses’ Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini.
Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik yang menjadi penyebab kepada sakit gout.

  1. Kopi Meningkatkan Stamina Secara Mendadak

Ahli sains dan para atlet sudah lama mengetahui bahawa mengambil secawan kopi sebelum latihan mampu meningkatkan prestasi, terutamanya sukan yang melibatkan ketahanan stamina seperti lari jarak jauh dan berbasikal. Kafein akan meningkatkan jumlah adrenalin dan membebaskan asid lemak (fatty acid) di dalam aliran darah, dimana membolehkan otot menyerap lemak ini sebagai bahan bakar, menjadikan badan kita menggunakan tenaga secara efektif semasa di dalam latihan.

  1. Amalan minum kopi menyihatkan otak dan melambatkan proses nyanyuk

Kajian yang dijalankan oleh University of South Florida dan University of Miami mendapati orang yang berusia lebih 65 tahun yang mempunyai kandungan kafein yang tinggi di dalam darah, mengalami penyakit nyanyuk (Alzheimer) 2 hingga 4 tahun lebih lewat dari orang lain yang seusia mereka yang mempunyai kafein yang lebih rendah. Dr. Chuanhai Cao, pakar neurosains di University of South Florida dan ketua kajian ini mengatakan, “kami tidak mengatakan pengambilan kopi secara sederhana boleh menghalang dari penyakit Alzheimer secara sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kami yakin dan percaya dengan meminum kopi secara sederhana boleh mengurangkan risiko mendapat Alzheimer atau melambatkannya”.



Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata. (An-Nahl :114)

6 ulasan:

  1. saya peminat tegar kopi.walaupun ada baik dan buruknya mengamalkan peminuman kopi, sepertimana juga hidup ada jatuh bagunnya.

    BalasPadam
  2. Ooo mcm tu eak.. Kopi memang sedappp hihihi

    BalasPadam
  3. Kopi boleh la....pake ilang ngantok

    BalasPadam
  4. Kopi boleh la....pake ilang ngantok

    BalasPadam