Kopi merupakan minuman yang boleh didapati di mana-mana sahaja ini sejak berabad yang lalu. Ianya sungguh popular di kawasan desa sehingga kebanyakkan lelaki dewasa
banyak menghabiskan masa di kedai kopi siang dan malam. Di bandar juga
tidak kurang hebatnya dengan cawangan kedai kopi Starbuck boleh didapati
di mana-mana sahaja. Minuman kopi ini pertama kali digunakan oleh ahli-ahli sufi Yaman
bagi membantu mereka qiyamullail dan kemudiannya tersebar ke serata
tanah Arab. Orang Eropah juga mula mengenali kopi ketika pertembungan dan pertukaran
tamadun di kalangan bangsa Arab dan Eropah semasa zaman gelap Eropah. Fakta sains menunjukkan banyak
kelebihan dan juga kebaikan yang akan diperolehi oleh penggemar kopi. Ianya juga boleh menjadi suatu bahan yang sangat baik kepada otak, kulit
dan tubuh badan kita. Baca selengkapnya artikel ini untuk mengetahui 9 sebab
mengapa anda harus sedar dan mula sukakan kopi…
-
Kita akan mendapat lebih antioksida daripada kopi berbanding bahan lain
Menurut kajian yang dijalankan pada tahun 2005, tiada suatu pun bahan
lain yang mampu menandingi kopi dalam membekalkan antioksida. Walaupun sayur-sayuran dan juga buah-buahan mempunyai banyak antioksida,
tubuh manusia lebih cenderung untuk menyerap lebih banyak antioksida
daripada kopi. Antioksida yang dimiliki oleh kopi berfungsi sebagai ‘tentera’ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas. Jadi, kita sudah sedia maklum bahawa antioksida sangat baik untuk kesihatan.
-
Hanya dengan menghidu kopi sahaja mampu mengurangkan stress
Kajian yang dijalankan di Seoul National University mendapati otak
yang sedang mengalami tekanan atau stress akibat tidak cukup tidur, dan
apabila seseorang itu terdedah kepada aroma kopi akan mengalami
perubahan pada protein yang mempunyai kaitan dengan stress di dalam
otak. Kajian mengenai aroma kopi ini tidak berkaitan secara langsung
dengan masalah stress, tetapi hanya stress yang disebabkan oleh rasa
mengantuk kerana tidak cukup tidur sahaja.
-
Kopi mampu mengurangkan simptom penyakit Parkinson
Menurut laporan ScienceDaily 2012, dengan meminum kopi boleh membantu
seseorang yang mengalami Parkinson mengawal pergerakan mereka. Dr. Ronald Postuma, merupakan seorang pengkaji yang membuat laporan ini, mengatakan
bahawa “kajian sebelum ini memang menunjukkan bahawa mereka yang
mengambil kafein mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat Parkinson.
Tetapi kajian terbaru ini menunjukkan bahawa pengambilan kafein boleh
membantu merawat simptom pergerakan untuk mereka yang telah pun
mengalami penyakit tersebut.”
-
Kopi bagus untuk hati dan mencegah serta mengawal DIABETES (Kencing Manis)
Kopi bagus untuk mengurangkan risiko kanser hati dan kegagalan hati
dari berfungsi seperti Cirrhosis. Kopi boleh membantu hati membersihkan
racun yang berbahaya seperti pengambilan alkohol. Satu kajian (artikel yang dikeluarkan oleh psipum.org) menyatakan
bahawa terdapat bukti yang mengatakan bahawa minum kopi secara
berterusan mampu mengurangkan risiko diabetes ataupun dengan nama lain,
kencing manis. Kajian tersebut menyatakan bahawa kaffein yang ada pada kopi tersebut memainkan peranan dalam mengurangkan risiko diabetes. Kajian ini dilakukan terhadap tikus dan ia diterbitkan melalui jurnal
ACS’ Journal of Agricultural and Food Chemistry. Saintis yang
menjalankan kajian tersebut memberi minum kopi dan air kepada beberapa
kumpulan tikus yang biasa digunakan untuk kajian diabetes. Konsep yang diketengahkan adalah kafein dapat membantu mencegah paras
glukosa yang tinggi dalam badan dan ia juga membantu meningkat
sensitiviti insulin. Seperti yang anda sudah sedia maklum kencing manis (diabetes
mellitus) merupakan antara penyakit yang banyak dihidapi oleh rakyat
Malaysia. Disebabkan dengan budaya pemakanan kita yang sememangnya tidak sihat
maka penyakit ini boleh dikatakan sebati dengan rakyat Malaysia. Setiap minuman dan makanan yang mengandungi gula mampu menyumbang kepada penyakit kencing manis.
-
Kopi boleh membuatkan kita berasa gembira
Kajian yang dijalankan oleh National Institute of Health America,
mendapati bahawa mereka yang minum empat cawan atau lebih, tidak mengalami kemurungan berbanding mereka yang langsung tidak pernah
menyentuh kopi. Untuk perhatian, ini bukanlah disebabkan oleh kesan kafein yang
tinggi, kerana air Cola juga memberi kafein yang tinggi, tetapi ianya adalah disebabkan oleh antioksida baik yang terdapat dalam kopi
tersebut.
-
Kopi mengurangkan risiko mendapat kanser kulit (Jika anda seorang perempuan)
Hospital Wanita Brigham dan Harvard Medical School yang mendapati
112, 897 lelaki dan wanita yang berusia lebih dari 20 tahun, dan
terutamanya wanita yang minum tiga cawan atau lebih kopi dalam sehari,
mendapat kurang risiko untuk kanser kulit atau sebarang penyakit kulit
yang lain. Kalau anda ingin kulit yang cantik, rajin-rajinlah meminum kopi.
-
Kopi aktif mencegah penyakit Gout
The Nurses’ Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini.
Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4
cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik yang menjadi penyebab kepada sakit gout.
-
Kopi Meningkatkan Stamina Secara Mendadak
Ahli sains dan para atlet sudah lama mengetahui bahawa mengambil
secawan kopi sebelum latihan mampu meningkatkan prestasi, terutamanya
sukan yang melibatkan ketahanan stamina seperti lari jarak jauh dan
berbasikal. Kafein akan meningkatkan jumlah adrenalin dan membebaskan asid lemak
(fatty acid) di dalam aliran darah, dimana membolehkan otot menyerap
lemak ini sebagai bahan bakar, menjadikan badan kita menggunakan tenaga
secara efektif semasa di dalam latihan.
-
Amalan minum kopi menyihatkan otak dan melambatkan proses nyanyuk
Kajian yang dijalankan oleh University of South Florida dan
University of Miami mendapati orang yang berusia lebih 65 tahun yang
mempunyai kandungan kafein yang tinggi di dalam darah, mengalami penyakit
nyanyuk (Alzheimer) 2 hingga 4 tahun lebih lewat dari orang lain yang
seusia mereka yang mempunyai kafein yang lebih rendah. Dr. Chuanhai Cao, pakar neurosains di University of South Florida dan
ketua kajian ini mengatakan, “kami tidak mengatakan pengambilan kopi
secara sederhana boleh menghalang dari penyakit Alzheimer secara
sepenuhnya. Walau bagaimanapun, kami yakin dan percaya dengan meminum
kopi secara sederhana boleh mengurangkan risiko mendapat Alzheimer atau
melambatkannya”.
Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata. (An-Nahl :114)
![]() |
<
AIMER LE CAFE>*LOVE COFFEE*
|
saya peminat tegar kopi.walaupun ada baik dan buruknya mengamalkan peminuman kopi, sepertimana juga hidup ada jatuh bagunnya.
BalasPadamOoo mcm tu eak.. Kopi memang sedappp hihihi
BalasPadamKopi boleh la....pake ilang ngantok
BalasPadamKopi boleh la....pake ilang ngantok
BalasPadamBermanfaat :)
BalasPadamBermanfaat :)
BalasPadam